Wednesday, November 13, 2013

bye!

susah nak buat orang lain faham?
iya saya faham
susah nak buat orang lain faham?
iya saya faham


mari melangkah.

Saturday, October 12, 2013

untuk mak

mak tolong,

mak cepatlah sihat balik mak! sayulah hati ne tengok mak sakit. huhu baru beberapa hari lepas mak kena keracunan makanan lepas baik dari tu tiba-tiba mak kena demam campak pulak. ya allah teruk sangat demam campak yang mak kena ne sampai kaki tangan muka habis semua bengkak and naik bintik-bintik merah macam ruam tu and paling teruk bintik-bintik tu makin hari makin menjadi-jadi naik dekat badan mak. sian mak. huhu

tangan mak bengkak dan kasar lepas tu muka mulut mak sexy macam kila fairy. aku,kak mira and abah selalu gelakan mak bila tengok mulut mak. bila kami gelak mak pun turut gelak jugak. hehe sebab kami tak nak tengok mak muram sedih sebab tahan sakit tahan gatal dekat badan tu.huhu kalau tengok keadaan mak mesti sayu. sedih!

ada lagi berapa hari jer nak raya haji. tengok dari sakit mak nampaknya raya haji tahun ne tak ada lah nasi impit,kuah kacang,pulut dengan rendang tok. sebab chef dah sakit tak boleh nak masak tu semua dah. huhu dan raya haji tahun ne tak ada siapa pun balik. kak amy balik trolak,kak mira balik tandop, abang apit tak dapat cuti, adik raya kl dengan abang apit and abang azren pun tak taw lagi raya sini or raya seberang. so yang tinggal dekat rumah ne aku mak dan abah jer. so nak kata raya haji tu tak raya lah kowt rasanya?sebab apa pun tak ada. tak ada makanan raya tak ada orang nak sambut raya. hurrmm sedih!

paling sedih nanti pagi raya tak ada siapa nak teman abah pergi kubur. kalau lah allah tak bagi aku cuti aku pasti akan teman abah! dan aku taw abah mesti sedih pagi raya tu nanti sebab aku kenal abah sangat.sian abah huhu sedih!

raya haji tahun ne memang berkorban habis. aku harap sangat mak cepat sembuh nak mak masakan untuk aku bila hari-hari aku balik kerja. kalau mak sakit hari-hari aku dengan abah makan kedai. huhu tak suka lah lagi suka mak yang masak! huhu sebab dari kecik mak yang masakan untuk kami semua sebab kami jarang beli makanan dekat luar kalau nak makan apa-apa request jer dekat mak and mak mesti masak! huhu mak cepatlah sembuh! mak kena kuatkan diri tu lawan virus-virus tu semua. 

sedih tengok mak sakit macam ne. sakit tengok bila terpaksa tahan sakit tu. bila mak garu aku marah! tapi tak ada pilihan lain. mak baru habis sakit ne sakit lagi. ya allah, sihatkan mak dari segala penyakit yang kau berikan, kuatkan mak ya allah. mohon mak cepat baik macam dulu ya allah. aku sebagai anak hari-hari doakan untuk mak walaupun aku tak dapat nak sujud dekat sejadah tapi hari-hari aku panjatkan doa kepada-mu.

mak,kami ada boleh jaga mak even anak-anak mak yang lain jauh. kami jaga mak ya? mak cepat sehatlah ya! =') sayang mak!

Monday, October 7, 2013

senyum

listening to : pencuri - mark adam

dia gadis biasa
tiada berkedudukan
tiada harta
tidak bergaya
tidak mesra

dan kadangkala memencilkan diri daripada kelompok manusia
dia ketawa
namun ketawanya hanya mempamerkan segaris senyuman
dia menangis
namun tangisnya tidak didengari manusia

orang berkata
kau sombong
dia tersenyum
kau berpra-pura baik
dia tersenyum lagi

sungguh, dia bukanlah seteguh Siti Khadijah
sungguh, dia tidak sekental Robeatul Adawiyah
sungguh, dia tidak sekuat Fatimah

dia bukan yang cantik
dia tidak sesolehah yang lain
dia akui dia tidak sempurna
dia bukan seorang Hafizah
dan seringkali lalai dalam agama

dalam tangisannya
hatinya kuat berkata

‘Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia.’

dia mengesat perlahan pipinya
bangkit melangkah laju

“Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna
namun
wanita solehah itu pelengkap dunia- dan pelengkap itu sempurna

itulah dia
dia yang mahu redha Allah
dia yang mahu Syurga Allah
dia yang gigih mahu berdiri di kalangan yang soleh

Senyum.

Tuesday, September 24, 2013

rasa sakit


"Bila rasa sakit, jangan marah. Istighfar banyak-banyak. Kadang diam itu lebih baik. Diam untuk pendam segala rasa. Rasa yang tak pernah terbalas. Luah pada Allah. Luah pada manusia, manusia takkan pernah faham."

Sunday, August 25, 2013

luar biasa




aku ini
kadang-kadang gelak kuat tak henti-henti
kadang-kadang tu makan minum pun berdiri

aku ini
kadang-kadang senyum sampai tayang gigi
kadang-kadang air mata ini jatuh tanpa henti

aku ini
kadang-kadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun lagi
kadang-kadang rasa marah menguasi diri
kadang-kadang sampai rasa nak lempang dengan tangan sendiri

aku ini
adalah manusia biasa

yang tak lari dari segala perasaan sebagai manusia
yang tak lari dari segala ujian dan pancaroba
yang tak lari dari lemah dah tak bermaya
yang tak lari dari salah dan dosa

sebab
aku ini hanya manusia biasa
apa-apa pun yang pastinya

aku ini
sentiasa bangkit bila jatuh
sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hati remuk
sentiasa cuba untuk improvekan diri

walau kadang-kadang aku tersungkur
tapi tak bermakna aku lemah

cuma ambil masa untuk bangkit semula
jadi kuat dari sebelumnya
sebab aku berusaha
untuk menjadi bidadari dunia
dan insyaallah di akhirat sana.

amin~

Monday, February 4, 2013

4 Feb

4 February 2013.
5.20 p.m

lambat ke tak ke aku nak jugak update entry aku hari ne malam ne before munculnya hari esok! HAHAHA matilah lambat aku tidur malam ne zzzzzzzzzzz~ne dah kenyang gila baru lepas makan pizza hut dengan family.thanks abah! nyum nyum tapi pizza hut yang baru ne tak sedap! eerrrkkkk HAHAHA makan tetap makan tapi complaint tetap complaint.kihkih

kalau orang lain maybe bila tibanya hari jadi orang tu tak mungkin akan tidur kan?tapi lain pulak bagi aku kalau dah hari kerja memang lewat mana pun before jam 12 aku mesti tidur.tak kisah ah time tu memang hari jadi aku.HAHAHA bertapa teruknya aku and sangat kedekut bab-bab tidur ne! =.=

so kali ne aku nak cerita kisah indah aku pada hari ne. actually dari semalam lagi aku dah tergelak-gelak dengan gelagat awang bila dia cuba nak lewatkan masa tidur aku! arghhhh kejam gila* tapi macam biasa aku kan garang tidur tetap tidur! HAHAHA so nak tak nak terpaksa lah dia nyanyi lagikan lagu keramat untuk aku even time tu belum lagi jam 12 malam HAHAHA kejam kejam betul aku ne.lalala btw thanks ya awang susah susah nyanyi susah susah menjadi insan pertama. =)

macam biasa bila aku dah tidur aku susah sikit nak faham apa yang jadi dekat aku.so bila bangun tidur barulah aku baca segala ucapan segala doa yang indah-indah untuk aku.wowww! thanks semua banyak pulak nak tulis nama dekat sini. paling lawak baca mesej sang tunang.HAHAHA apa yang hang cuba sampaikan ne sampai 3 mesej hang hantar lepas tu call aku tapi aku tak angkat?kihkih

yang ne paling lawak sekali sampai jer dekat opis aku pun parking lah kapika kat tempat biasa pastu dapat mesej dari abang azren.HAHAHA dia boleh pulak sent mesej orang hutan nyanyi lagi hari jadi dekat aku! hampeh betoi abang aku ne! apa pun aku suka and terus save! HAHAHA and lepas tu kak amy wish and anak2 buah aku yang kacak-kacak tu pun sekali.alahaii indah!

dekat opis adalah staff yang nyanyi lagu bufday, shake hand , and bagi kad dekat aku! oh thanks pastu staff dari department aku bagi voucher Parkson RM50 ! oyeahh oyeahh boleh beli kasut kerja baru! kihkih thanks!

time dekat opis aku adalah online kejap-kejap lepas tu aku ada baca komen abah dekat picture aku and abah komen "selamat hari lahir my sweet from abah&mak panjang umur dan murah rezeki" 

Lepas tu kak yaya pulak komen "selamat hari tua si comel,semoga panjang umur dan cepat-cepat si sayang masuk meminang.HAHAHA"

Lepas tu kak mira pulak komen "Happy birthday to you,semoga tahun ne lebih baik and lebih matang and tersentap mak tu buang erkkk  HAHAHA "

actually bila umur dah makin meningkat ne aku just harapkan doa dari orang yang aku sayang dan orang yang kita sayang tu ingat hari ne hari apa untuk kita.kadang-kadang tu ucapan dah cukup bermakna =') oh dah makin meningkat umur aku sekarang ne. aissshhhh gelisah* HAHAHA