Monday, October 7, 2013

senyum

listening to : pencuri - mark adam

dia gadis biasa
tiada berkedudukan
tiada harta
tidak bergaya
tidak mesra

dan kadangkala memencilkan diri daripada kelompok manusia
dia ketawa
namun ketawanya hanya mempamerkan segaris senyuman
dia menangis
namun tangisnya tidak didengari manusia

orang berkata
kau sombong
dia tersenyum
kau berpra-pura baik
dia tersenyum lagi

sungguh, dia bukanlah seteguh Siti Khadijah
sungguh, dia tidak sekental Robeatul Adawiyah
sungguh, dia tidak sekuat Fatimah

dia bukan yang cantik
dia tidak sesolehah yang lain
dia akui dia tidak sempurna
dia bukan seorang Hafizah
dan seringkali lalai dalam agama

dalam tangisannya
hatinya kuat berkata

‘Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia.’

dia mengesat perlahan pipinya
bangkit melangkah laju

“Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna
namun
wanita solehah itu pelengkap dunia- dan pelengkap itu sempurna

itulah dia
dia yang mahu redha Allah
dia yang mahu Syurga Allah
dia yang gigih mahu berdiri di kalangan yang soleh

Senyum.