Thursday, December 25, 2014

tahun baru

365 hari yang lalu
aku hanya dapat puluhan hari sahaja yang penuh dengan gelak ketawa

dan
ratusan hari yang terbaki
aku isi dengan
calar luka
drama yang celaka

untuk penghujung 365 hari aku
aku mohon tahun baru aku lebih tuhan berkati

semoga diperkenan oleh-Nya
amin.

Thursday, October 30, 2014

Selesa

Kalau kau dah terlalu sangat sangat terlalu biasa dengan luka
di hentam sampai kerak bumi paling dalam pun kau sudah tidak mampu untuk merasa apa apa

Sebab jiwa kau,
dah terbiasa.

Sunday, September 21, 2014

Tak kesudahnya

Kadang kadang aku rasa bosan cepat marah and ada jer benda yang tak kena. Setiap hari lah mesti ada salah faham yang tah apa-apa. Macam baju masa makanan. Haha bodoh

Entahlah setiap hari update benda yang sama ayat yang sama dan aku rasa hari aku dengan semalam hari yang sama beza hanya baju dan makanan. Itu jer

Since dah tak main PSP ne aku memang dah tak ada tempat aku nak update apa-apa dah lepas tu nak update dekat sini aku malas pulak nak menaip. Aku diam jer lah pastu aku layan tumblr pastu aku ok sendiri. Haha sebab tumblr senang jer just reblog pastu aku rasa aku dah ok

Entahlah bila kita harapkan sesuatu yang tak mungkin orang tu akan buat memang susah. Aku rasa lebih happy dari setahun yang lepas dari setahun yang sekarang sebab dulu main PSP dan hari-hari akan tunggu posman datang hantar surat tapi sekarang ne memang aku balik kerja aku tengok tv jer lah.haha 

Kadang-kadang aku berangan jugak kowt2 balik kerja ada parcel poslaju untuk aku dari si dia belikan aku tudung baju or apa-apa jer untuk buat something different tapi aku berangan jer lah. Haha 

Pastu aku berangan lagi iyalah kami ne jarang gila jumpa so bila jumpa dia nak berikan aku sekotak coklat or hadiah misteri or paling save budget bagi kad ker tapi tak jugak. Huhu sedih tapi ok lah jugak kadang-kadang bila isi minyak kereta dia ada belikan vitagen dan kinder bueno jugak weee

Aku kadang-kadang keluar adalah belikan kad untuk bagi dekat si dia untuk saja-saja tapi sampai ke sudah aku tak bagi sebab aku rasa macam aku pulak yang lebih-lebih nanti. Iya macam perempuan yang lebih tapi yang laki buat tak taw. Sebab selalu yang buat macam ne kan lelaki untuk buatkan kekasih hati happy. Eh bukan aku tak happy! Aku happy jer haha

Sebab tu lah aku sekarang ne malas nak berangan. Kalau aku rasa nak berangan aku main tumblr so aku boleh reblog macam2 benda yang aku suka. Bagi aku berangan ne tak kemana pun. Lastnya kau sendiri yang pasrah

Aku setiap hari cuba bagi aura positive dekat diri sendiri even selalu hancur tapi hari-hari aku cuba. Aku cuba faham semua benda dan kadang-kadang aku rasa malas nak ambil tahu hahaha

Kalau terbaca apa aku tulis ne jangan rasa diri tu loser pulak ya and jangan nak bawa diri untuk bertafakul pulak and jangan tanya apa-apa dekat aku sebab aku akan senyum jer. Ok deal! 

Aku ingat kalau dapat teman hidup yang creative ne dia Akan buatkan sesuatu yang creative jugak untuk kita happy tapi....

Aku berangan lagi - hahaha






Monday, June 9, 2014

Mati mungkin

Kecewa.

Perkara pertama yang boleh buat kami rapat semula dan sekelip mata musnah.

dan malam ini aku rasa sia-sia

Sunday, June 8, 2014

Simpan

Simpan saja apa yang kita rasa kita perlu simpan.  Tak semua benda perkara atau rasa  perlu kita muntahkan.  Bukan

Simpan baik-baik dalam diri. Biar terkunci hanya pada diri. Bukan

Insyallah.

Friday, May 30, 2014

may ini.



cukuplah aku update entry sekali untuk may tahun ini.
banyak perkara terjadi untuk may ini bermulanya 1 may sampailah hampir 30 may. setiap hari mesti saja ada perkara yang berlaku dan baik buruk perkara yang terjadi sebab allah sayang dekat kita. insyallah setakat ini aku masih kuat untuk terima.

dalam may ini jugak aku dapat rasa bertapa letihnya badan minda hati.

terkejar sana sini bermula mak sakit, uruskan hal rumah sedikit, kerja yang tak pernah mati, siapkan perkara yang perlu.

alhamdullilah masih punya kesempatan untuk lunaskan semua perkara.
tersenyum*








Sunday, April 20, 2014

Rindu

Dah seminggu tak rasa masakan mak
Rindu

Aku memang jenis balik kerja mesti terus tanya mak "mak masak apa hari ne mak?" Sambil jalan pergi dapur buka tudung periuk tengok menu apa mak masak hari ne.

Walaupun aku jenis yang makan nasi sikit tapi aku tetap nak makan jugak sebab mak yang masak. Itu yang nikmat.

Selalu pagi turun breakfast dengan mak abah before pergi kerja mesti mak tanya "hari ne nak masak apa?" Sebab tu selalu dekat office aku dah boleh bau masakan mak. Haha dasyat kan masakan mak kita?

Ne dah seminggu mak sakit. Mak dah tak larat nak masak dan seminggu ne jugak asyik beli makanan luar dan aku tak suka. Sebab nak mak yang masak tapi kena faham mak sakit.

Rindu masakan mak masak sangat. Mak mak cepat lah baik mak kami nak mak yang masak. Rindulah mak.

Rindu.

Thursday, April 10, 2014

Tuesday, February 11, 2014

susah.

I am here,
my legs blocks of concrete,
my lungs empty of air,
my throat burning. There will be no floating away.

"I cannot make you understand. I cannot make anyone understand what is happening inside me. I cannot even explain it to myself."

Wednesday, February 5, 2014

4 Feb






Terima kasih untuk ucapan yang indah dari jiwa dari doa kepada diri aku. amin~

oh ya yang ada ne pun setakat yang mana aku rajin nak print screen nak crop bagai semua yang tak ada tu jangan risau aku tetap sayang dan terharu dengan doa dan ucapan kalian untuk hari lahir aku untuk tahun ne yer! muaaaahhhh muaaahhh peluk cium alam maya bagi gadis-gadis ajer ya! yang teruna tang tang peace yohhh. HAHA gituuu

untuk tahun ne punya birthday macam biasa aku kerja. datang office budak-budak office wish birthday and dapat card birthday yang creative gittu haa! thanks office mate!! lepas tu lunch MCD lepas tu aku balik rumah abah belikan KFC lepas tu mak belikan kek SECRET tapi kek yang aku tak makan motif beli sebab banyak kek dah habis! argghhhh sadis pulak aku rasa. HAHA but for me tak penting pun as long as orang ingat birthday aku dah doakan pun dah cukup buat aku tersenyum =) yerr

ada yang tetiba muncul no ganjil wish birthday dekat aku and ada yang aku dah tahu siapa kalian and ada jugak yang aku kurang pasti aku nak cakap thanks sangat-sangat sebab masih ada no handphone aku and masih ingat date aku lahir. huwaaaa terharu aku dibuatnya titis air mata sikit*

thanks semua even ada yang kenal secara lisan dan amali.thanks sesangat!!!


Friday, January 31, 2014

SHL miaww miaww PART-2

selamat keluar perut wahai miaww miaww!

30hb dec tu aku ada keluar dengan dia pergi dinner. bapak dinner makanan punya banyak termonyeh monyeh aku nak makan wokeh.

masa tengah isi minyak vimo aku kalut-kalut lah ambik hadiah yang kedai balut tu aku letak dekat bawah seat tempat aku duduk tu lepas tu aku senyum. aku harap nanti balik rumah aku wasap dia and aku harap dia terkejut! kalau tak terkejut pun pura-pura pun boleh! HAHA gasak*

lepas dia hantar aku balik rumah aku pun ada wasap dia suruh dia tengok hadiah tu lepas tu boleh dia kata dekat aku "malas lah nak bukak gate rumah esok2 jer lah tengok ya?" aku rasa bongok punya laki kang aku sepak jugak bontot! hahaha terus dia pergi ambik hadiah tu. weeee sukanya aku tapi dia tak nak pulak buka malam birthday dia tu dia nak tunggu aku jugak, cissss hampeh!

31hb dec ne date birthday dia. haha paling senang aku nak ingat aku rasa! kalau aku lupa jugak tu aku pun tak taw. huhu so aku pakai cantik-cantik dia pakai kacak-kacak eh macam over pulak aku cerita macam perasan pun ada?* HAHA so kami pergi dinner dekat kelana jaya-craez cafe. serius best cafe ne sebab tak sesak dan okok jer! maaflah kami buka anak-anak orang kaya sangat nak dinner dekat hotel 5 6 7 8 9 bintang gitu. as long as kami dua ada bersama and masing-masing teruja pun dan cukup sempurna. kan wei? hehe suka over taw*

and time tengah dinner dia pun gedik-gedik nak buka hadiah dia depan aku dan tetiba aku over malu sebab aku risau nanti hang tak suka or hang akan pura-pura suka pulak nanti.aduii sesak nafas aku time tu, huhu dan alhamdulliah hang suka dan senyum macam kerang busuk! hahaha YES! 

YES! Mission aku untuk last year bagi robocop success and Yes! Mission aku this year bagi jam success jugak wokeh! weeee 

so lepas habis dinner kami pun sambut new year tengok bunga api kebabom sana sini dengan warna warni!

doa aku untuk hang please jaga jam tu bebaik, tuhan always beri kehidupan yang bebaik untuk diri hang, tuhan always ada untuk jaga hang sebelum ajal dan rezeki untuk hang andai itu rezeki hang. ingat tu!

dan aku bahagia buat masa ini. 


SHL miaww miaww PART-1

selamat keluar perut wahai miaww miaww!

haha susah payah aku simpan cuti setiap hujung tahun untuk ada sama-sama dengan hang wokeh! susah payah aku nak fikir hadiah apa aku nak bagi untuk this year sebab lelaki semua benda nak cerewet! kang aku beli benda yang tak berguna kang rugi jew dekat aku balik! huh

so this year aku decide nak belikan jam tangan dekat hang sebab!

pertama jam yang hang dok guna tu dulu dah nak nazak sangat!dalam setahun yang lepas macam-macam jadi dekat jam hang tu. sadis pulak aku tengok hang still pakai jam tu. so now jam tu dah boleh rest lama-lama dekat rumah ya!

yang kedua bila aku tengah online dekat instagram aku terpandang johan thepadang pakai jam tu so aku terbayang waaahh kalau hang pakai kacak jugak ne! sambil aku bayang-bayang jam tu dekat pergelangan tangan hang! hahaha power tak aku?

yang ketiga aku harap sangat lepas ne bila setiap kali kita jumpa dalam setahun tu hang tak adalah nak lambat kan?haha but now macam aku jer yang selalu lambat?so hang kena beli dekat aku jam lah balik? haha tidaklah maksud aku jam tu kan simbolic dia menghargai maka itu aku harap hang seorang yang sangat menghargailah jugak ya! weee

agak berpayah jugak aku nak cari jam ne sampai ramailah orang yang aku tanya wokeh!iyalah aku ne duduk rumah jew so manalah aku nak cari jam macam tu kan?that why lah kena ramai kawan! haha salah satu sifat aku ne aku jenis yang suka google suka cari macam-macam benda yang aku nak secara online. so senang kan?duduk rumah online carilah sampai jumpa!

so start bulan October aku dah start simpan duit sikit demi sikit iyalah gaji aku bukan beribu beriban pun nak beli sekali gus macam tu! boleh lah nak beli tapi susah sikitlah dekat aku nanti. so aku lebih suka plan awal simpan awal and dah cukup guna! October November and December dah boleh beli! yeaaahhhh tapi aku ada masalah pulak bila aku cukup duit jam yang aku nak tu dah tak ada stock! taw tak bertapa hiba dan kecewanya aku time tu! hurrmmm sampai aku blur apa aku nak beli?jam design apa lagi ya?sebab memang niat aku nak jugak jam tu! so aku bukan mudah putus macam tu ajer aku terus cari and finally aku jumpa!yeaaaahhhh aku happy gila!

dah jumpa aku pergi kedai balut! kalau nak suruh aku balut boleh tapi aku ne kan apa pun tak boleh so biar kedai ajerlah balut. huhu

cont~